Monday, June 22, 2020

IKAN KELI HALAL & HARAM



Seorang rakan memberitahu pada Teman bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Teman sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Teman sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli yg memakan bahan2 yg haram dan halal.

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 
 · Kepala berbentuk 'V' 
 · Bentuk badan mirip torpedo 
 · Badan berwarna hitam berkilat 
 · Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
 · Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
 · Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

 Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 
 · Kepala berbentuk 'U' 
 · Bentuk badan tirus 
 · Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
 · Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
 · Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
 · Digoreng tidak meletup 

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. 

Salam Ukhuwah..~

Sent from my Huawei phone

No comments: