Monday, June 22, 2020

IKAN KELI HALAL & HARAM



Seorang rakan memberitahu pada Teman bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Teman sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Teman sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli yg memakan bahan2 yg haram dan halal.

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 
 · Kepala berbentuk 'V' 
 · Bentuk badan mirip torpedo 
 · Badan berwarna hitam berkilat 
 · Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
 · Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
 · Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

 Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 
 · Kepala berbentuk 'U' 
 · Bentuk badan tirus 
 · Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
 · Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
 · Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
 · Digoreng tidak meletup 

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. 

Salam Ukhuwah..~

Sent from my Huawei phone

Sunday, June 21, 2020

MENTAL SELEPAS 60

KENAPA KEKELIRUAN MENTAL SELEPAS 60???

Punca: KEKELIRUAN MENTAL PADA UMUR KETIGA
Oleh: Arnaldo Liechtenstein, doktor.

Setiap kali saya mengajar perubatan klinikal kepada pelajar pada tahun keempat perubatan, saya mengemukakan soalan berikut:

Apakah penyebab kekeliruan mental pada orang tua?

Beberapa menawarkan: "Tumor di kepala".
Saya menjawab: Tidak!

Yang lain mencadangkan: "Gejala awal Alzheimer".
Saya menjawab lagi: Tidak!

Dengan setiap penolakan jawapan mereka, jawapan mereka menjadi kering.

Dan mereka lebih terbuka ketika saya menyenaraikan tiga sebab yang paling biasa:

- diabetes yang tidak terkawal;
- jangkitan kencing;
- penyahhidratan

Ia mungkin terdengar seperti jenaka, tetapi tidak. Orang yang berusia lebih dari 60 tahun terus berhenti merasa dahaga dan akibatnya berhenti minum cecair.

Apabila tidak ada orang yang mengingatkan mereka untuk minum cairan, mereka cepat kering. Dehidrasi teruk dan mempengaruhi seluruh badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan mental yang tiba-tiba, penurunan tekanan darah, peningkatan jantung berdebar, angina (sakit dada), koma dan juga kematian.

Kebiasaan lupa minum cecair ini bermula pada usia 60 tahun, ketika kita mempunyai lebih dari 50% air yang seharusnya ada di dalam badan kita. Orang yang berusia lebih dari 60 tahun mempunyai simpanan air yang lebih rendah.  Ini adalah sebahagian daripada proses penuaan semula jadi.

Tetapi ada lebih banyak komplikasi.  Walau pun mereka mengalami dehidrasi, mereka tidak merasa seperti minum air, kerana mekanisme keseimbangan dalaman mereka tidak berfungsi dengan baik.

Kesimpulan:
Orang yang berumur lebih dari 60 tahun mengalami dehidrasi dengan mudah, bukan hanya kerana mereka mempunyai bekalan air yang lebih kecil, tetapi juga kerana mereka tidak merasakan kekurangan air di dalam badan.

Walau pun orang berusia lebih dari 60 tahun kelihatan sihat, prestasi tindak balas dan fungsi kimia dapat merosakkan seluruh tubuh mereka.

Oleh itu, terdapat dua makluman:
1) Biasakan minum cecair.
Cecair termasuk air, jus, teh, air kelapa, susu, sup, dan buah-buahan yang kaya dengan air, seperti tembikai, tembikai susu, pic dan nanas; oren dan jeruk juga berfungsi.

Yang penting ialah, setiap dua jam, anda mesti minum sedikit cecair.  Ingat ini!

2) Makluman untuk ahli keluarga: sentiasa memberikan cecair kepada orang yang berumur lebih dari 60 tahun. Pada masa yang sama, amati mereka.

Sekiranya anda menyedari bahawa mereka menolak cecair dan, dari hari ke hari keesokan harinya, mereka mudah tersinggung, sesak nafas atau kurang perhatian, ini pasti merupakan gejala dehidrasi berulang.

Arnaldo Liechtenstein (46), doktor, adalah seorang doktor umum di Hospital das Clínicas dan seorang profesor kolaborasi di Jabatan Perubatan Klinikal di Fakulti Perubatan Universiti São Paulo (USP).

Adakah anda suka?

Jadi sebarkan!  JANGAN LUPA UNTUK MELAKUKANNYA SEKARANG!

Rakan dan keluarga anda perlu tahu sendiri dan menolong anda untuk menjadi lebih sihat dan bahagia.

Senang dikongsi!  Untuk orang yang berumur lebih dari 60...

 Kebahagiaan selalu... 😊

Sunday, June 14, 2020

H70 SMART WATCH FOR HEALTH DETECTION

    

    

RM119 - H70 smart watch health detection bluetooth 
Klik at https://t.socialecommerce.shop/16B76m

atau

untuk join FINGO dengan mendaftar dan download aplikasi nya secara percuma. 

Sent from my Huawei phone

HYDROGEN RICH WATER FOR HEALTH

    

RM 113.90 - Hydrogen-Rich Water Flask Ionizer
atau

untuk join FINGO dengan mendaftar dan download aplikasi nya secara percuma. 

Sent from my Huawei phone

Wednesday, June 10, 2020

PENGETAHUAN AM 

PENGETAHUAN AM yang wajar anda kongsi 

Perkongsian dari FB Dato' Dr. Fadhilah Kamsah:

1. Tersedak makanan, 
2. Kram Kaki,
3. Salah Bantal,
4. Kaki Kebas @ Semut2

In Shaa Allah pengetahuan ini berguna untuk kita & menolong orang lain.

Caranya adalah seperti berikut:
*1. Jika tersedak makanan* 
Hanya perlu "mengangkat tangan".

*2. Kram kaki*
Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.

*3. Salah bantal*
Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki shj, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

*4. Kaki semut2 @ kebas*
Ketika kaki kiri semut2, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan semut2, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga.

Jangan simpan saja info ini. Siapa tahu kita mungkin dapat membantu orang lain. Semoga bermanfaat.

*Info penting* yg *melibatkn nyawa..* Apa pun harus ingat *ketentuan* ini adalah drpd *Allah swt.*

*BAGAIMANAKAH CARA2NYA UTK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA ANDA SEORANG DIRI:*

1. Katakanlah kita bertolak pulang ke rumah pada *pukul 7:25 mlm berseorangan* setelah seharian bekerja *mencari rezeki.*

2. Pada ketika itu anda *berasa amat letih, gundah-gulana* dan *kecewa.*

3. Tiba2 anda *terasa sakit* yg amat sgt *di dada, di tangan* dan *di rahang* anda. *Perjalanan* terdekat ke *hospital* lebih kurang *5km* dari rumah anda.

4. *Malangnya* anda *tidak yakin* dan *tidak mampu* utk *bertahan sejauh itu.*

5. Anda telah dilatih *ilmu CPR* tetapi *tidak dipraktikkan ke atas diri sendiri.*

6. CARA *MENYELAMATKAN DIRI* DPD *SERANGAN JANTUNG* KETIKA SEORANG DIRI.

Kebanyakan mereka yg kena *serangan jantung* tidak menerima *sebarang bantuan* dan *mula rasa nak pengsan.* Di waktu ini anda mempunyai masa *10 saat sahaja sebelum pengsan.*

7. Walau bagaimanapun *mangsa* boleh *membantu diri sendiri* dgn *BATUK SEKUAT* mungkin. Setiap kali *batuk hendaklah diselangselikan* dgn *MENARIK NAFAS panjang.* *Batuk tersebut* hendaklah *mendalam* dan *berpanjangan sehingga terasa di dada.*

*Bernafas panjang dalam2* sehingga *terbatuk* dan hendaklah *diulangi setiap 2 saat* sehingga *bantuan tiba* atau sehingga *terasa dapat bernafas spt sediakala.*

*Bernafas panjang* akan membantu *memasukkan oksigen* ke dlm *jantung* dan apabila *terbatuk* ia *secara langsung* membantu *mengepam jantung* dan *memulihkan perjalanan darah.*  Ia juga membantu *mengembalikan degupan jantung* spt sediakala. Ini membolehkan *mangsa selamat tiba ke hospital.*

9. *Sebarkan seluas2nya tips* ini. *In Shaa Allah* ia akan dapat *membantu menyelamatkan nyawa.*

10. *Pakar jantung menyarankan* jika setiap orang yang *menerima tips* ini, tolong *hantarkan kpd 10 orang,* mungkin anda dpt *menyelamatkan sekurang2nya 1 nyawa.*

11. Daripada menghantar *bahan yg tak berfaedah*  adalah lebih baik *menghantar tips* yg dpt *menyelamatkan nyawa org lain..*

12. Sekiranya *tips ini sampai semula*  kpd kita...lebih drpd sekali... *jangan marah...* sbb anda mempunyai *ramai sahabat yg prihatin* dan *sentiasa mengingatkan* sesama kita cara bagaimana ingin mengatasi *SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSENDIRIAN...*

Sent from my Huawei phone

Friday, June 05, 2020

MSG

MONOSODIUM GLUTAMAT (MSG) RACUN YANG SEDAP? 


Everything You Think You Know About MSG Is Wrong | Chatelaine

TIDAK Benar! 

Saya telah beberapa kali menulis mengenai MSG. Bermula dengan penulisan santai hinggalah ke pengalaman saya sendiri melawat salah sebuah kilang pemprosesan MSG terkemuka di Kuala Lumpur. 

Seiring dengan penambahan pengetahuan, kali ini saya kongsikan lagi secara terperinci segala (A-Z) yang anda perlu tahu mengenai MSG. Artikel ini sangat panjang, namun berbaloi baca kerana ianya merangkumi ilmu asas struktur kimia MSG, sejarah penemuannya, cara penghasilannya, pertukaran kimianya dalam badan (metabolisma), ulasan mengenai kesan buruk MSG, kesan sampingan yang bergantung kepada individu, akta peraturan makanan Malaysia dan dunia mengenai MSG, manfaat yang mampu diperolehi daripada MSG.

...Dan yang paling penting ialah MITOS dan momokkan selama berpuluh tahun tentang bahaya MSG yang mana secara KESIMPULANnya tidak disokong secara saintifik.

Apakah itu MSG?

MSG ialah acronym yang digunakan untuk menyatakan MonoSodium Glutamat. Ianya merupakan bahan kimia penambah perasa yang telah digunakan sejak 100 tahun yang lalu untuk memberikan rasa sedap dalam makanan. Dan dalam industri makanan komersial ianya dikenali dengan kod E penambah perasa makanan, E621.

Struktur kimia MSG terdiri daripada komponen glutamat (~78%) dan natrium (~12%) yang terikat secara ionik. Apabila dimakan, MSG akan larut dalam air liur membentuk ion natrium (Na+) dan glutamat (Glut-). Komponen glutamat akan bertindakbalas dengan reseptor umami pada lidah, dan otak kita mentafsirnya sebagai rasa sedap.

Ion natrium pula merupakan komponen kimia sama yang ada dalam garam (natrium klorida, NaCl). Disebabkan kehadiran ion natrium inilah MSG berasa sedikit masin, dan kesinambungan ini perlu untuk mencetuskan persepsi sedap. 

Bagaimana MSG ditemui?

Komponen glutamat pertama kali ditemui pada tahun 1908 oleh ahli kimia Jepun iaitu Profesor Kikunae Ikeda semasa menghirup keenakkan sup (broth) yang dibuat daripada rumpai laut. Beliau kemudian menamakan rasa 'enak' ini sebagai 'umami' yang mana berasal dari perkataan Jepun 'umai' (うまい) yang bermaksud 'sedap' dan digabungkan dengan 'mi' (味) yang bermaksud 'rasa'. 

Beliau seterusnya mempelajari cara memencilkan (isolate) komponen MSG agar dapat digunakan sebagai penyedap pelbagai jenis makanan dengan cepat dan mudah. Contoh sama seperti proses penghasilan vitamin C yang kemudiannya dijadikan tablet 'berdos' sesuai untuk keperluan pengambilan kita tanpa perlu lagi mengambil buah oren yang banyak. 

Bagaimana MSG dihasilkan?

Pada awalnya MSG diperoleh melalui proses pengekstrakan dan pemencilan. Namun proses ini sangat lambat dan kosnya mahal. Maka, MSG mula dihasilkan melalui proses penapaian oleh bakteria species Corynebacterium dengan bahan-bahan mentah semulajadi berkanji seperti ubi kayu, ubi kentang, tebu atau jagung. Proses ini adalah sama dengan yang digunakan untuk membuat tapai, kicap, cuka dan dadih. 

Larutan kanji yang diekstrak daripada bahan mentah tadi ditukar kepada larutan glukosa melalui proses pencairan dan sakarifikasi di bawah pengaruh tindakbalas enzyme. Seterusnya bakteria menukarkan glukosa kepada asid glutamik melalui proses penapaian. Asid glutamik kemudiannya di neutralkan dengan menambah komponen natrium (NaCl) membentuk larutan MSG. Larutan MSG ini kemudiannya melalui proses penghabluran di mana ditukarkan kepada bentuk kristal (seperti yang kita lihat di dapur) dengan penyejatan air yang berlebihan melalui udara panas.

Apakah itu Umami? 

Secara saintifik umami merupakan rasa asas kelima yang mampu dikesan oleh lidah kita selain daripada rasa manis, masam, masin dan pahit. Ia merujuk kepada persepsi pelbagai gambaran rasa sedap makanan seperti 'rasa semacam daging' (Bahasa Malaysia), 'savoury' (English), 'xian wei' (Bahasa Cina), 'sabroso' (Spanish), 'gosto' (Portuguese), 'lezzetli' (Turkish), 'lecker' (German)...

Selain daripada yang dikomersialkan, Komponen MSG ini juga boleh didapati secara semulajadi dalam makanan harian kita yang berasa sedap. Namun hanya glutamat bebas (mempunyai cas) yang efektif dalam memberikan rasa umami dari makanan.

Selain daripada rumpai laut, glutamat bebas juga terkandung secara semulajadi dalam makanan harian kita termasuk tomato, anggur, keju, cendawan, kicap, ubi kentang, ubi kayu, broccoli, kacang pea, kacang badam, daging ayam, ikan, udang, ketam, daging, budu, cencalok, belacan, besou... malahan dalam susu ibu juga (sebab itu bayi mendapati susu ibu ini sedap disamping pelbagai rasa lain yang dipengaruhi oleh diet pemakanan si ibu). Maka pendek kata glutamat ini terdapat dalam semua makanan yang kita rasa sedap. Maka tidak ada istilah #noMSG 

Sebenarnya komponen glutamat merupakan bahan kimia semulajadi dari alpha-amino asid yang digunakan oleh hampir kesemua benda hidup dalam protein sintesis. Ianya terikat bersama asid amino yang lain membentuk struktur kimia protein dalam badan. Ianya dikenali sebagai zat tidak perlu dari sumber luar kerana badan kita mampu menghasilkannya dengan banyak secara semulajadi. Peranan utamanya dalam badan adalah sebagai penguja pengutus saraf (excitatory neurotransmitter) utama dalam badan. Komponen glutamat dan reseptornya banyak ditemui pada sistem saraf dan sistem penghadaman kita. 

Bagaimana Proses Kimia MSG dalam badan? 

Bergantung kepada jumlah pengambilan dalam diet, kajian menunjukkan proses metabolisma (pertukaran kimia) glutamat berlaku di dalam usus di mana kebanyakkannya ditukarkan kepada gas karbon dioksida, digunakan dalam penghasilan ATP (sumber tenaga) atau ditukarkan kepada asid amino lain iaitu arginine, citrulline, alanine, ornithine, dan proline sebelum diserap oleh badan lalu dimanfaatkan dalam pelbagai proses kimia badan. 

Komponen natrium pula berfungsi menyeimbang bendalir dalam dan luar sel, juga dikumuhkan daripada badan melalui peluh, air kencing dan juga najis. 

Adakah MSG bahaya?

TIDAK. Kebanyakkan dapatan kajian kesan dilakukan terhadap tikus tidak dapat membuktikan sepenuhnya keburukan MSG kerana sistem metabolismanya yang berlainan dengan sistem badan manusia dan juga cara pemberian MSG yang kurang kebersandaran dalam konsumsi manusia. Ini bermaksud kita tidak makan atau suntik MSG begitu sahaja dalam dos yang tinggi, namun diambil dalam makanan. 

Dan justifikasi ini dikukuhkan lagi dengan proses kimia MSG yang berlaku di dalam usus dan ditukarkan kepada amino asid lain (bukan dalam struktur kimia MSG itu sendiri) sebelum diserap badan dan bertindakbalas. 

Bagaimana pula dengan kesan sampingan MSG yang telah dilaporkan? 

Kesan sampingan pertama oleh MSG dilaporkan pada tahun 1968 yang dikenali sebagai Chinese restaurant syndrome (CRS). Ianya dipanggil sebegitu kerana gejala seperti kebas di bahagian tangan dan belakang leher, dan kadar denyutan jantung meningkat dilaporkan setelah memakan masakan Cina. Pun begitu, punca gejala tersebut akhirnya tidak dapat dikaitkan dengan MSG kerana gejala sama juga berkaitan dengan pengambilan natrium, potassium, alkohol dan histamin yang banyak digunakan dalam masakan Cina. 

Pengambilan MSG juga dikaitkan dengan SAKIT KEPALA, sakit dada, kebas otot, masalah kulit. Keadaan ini disebabkan oleh sensitiviti individu (alergi) terhadap MSG terutamanya mereka yang mempunyai kelainan genetik mungkin yang berkaitan dengan masalah penghadaman. 

MSG juga dikaitkan dengan peningkatan selera makan. Ini sememangnya betul. Sebab makanan sedap, haruslah menambah. Di sini perlunya akal untuk mengawal nafsu dan selera. 

Dan tidak dinafikan kesan buruk MSG yang dirasai oleh sesetengah individu adalah disebabkan oleh kesan 'placebo' iaitu peranan bahan kimia dalaman badan yang bertindak bersama apa yang kita fikirkan dan harapkan. Kalau orang Sabah bilang, "dari ko saja tu". Orang putih cakap "you are what you think". 

Masih lagi ragu-ragu dengan MSG?

Mari lihat antara penilaian keselamatan MSG oleh badan-badan bertangungjawab antarabangsa ini:

 Di Malaysia, Akta dan Peraturan Makanan 1985, mengkategorikan MSG sebagai penambah perisa makanan yang dibenarkan, sebaris dengan garam dan lada sulah. 

Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) turut mengklasifikasi MSG di bawah kategori Secara Umumnya Diiktiraf Selamat (GRAS). 

 Jawatankuasa Pakar Bersama Memgenai Aditif Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu (JECFA), satu badan penasihat saintifik kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) dan Jawatankuasa Saintifik Komuniti Eropah untuk Makanan: menklasifikasikan MSG sebagai selamat untuk digunakan dan pengambilan harian yang boleh diterima (ADI) adalah tidak ditetapkan. 

 Majlis Pertubuhan Perubatan Amerika Syarikat Mengenai Hal-ehwal Saintifik mengklasifikasikan MSG adalah selamat untuk digunakan. 

MITOS Mengenai MSG:

樂 Adakah MSG menyebabkan keguguran rambut?
 Tidak. Tiada bukti saintifik yang menyokong kenyataan ini. Pakar menyatakan keguguran rambut kebanyakkannya diakibatkan oleh faktor genetik, tekanan, perubahan hormon, kecacatan struktur rambut, pengambilan ubat-ubatan dan rawatan kemoterapi.

樂 Adakah MSG mengakibatkan dahaga?
 Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan ini. Kehausan ialah tindakbalas badan yang berlaku disebabkan oleh kehilangan banyak bendalir dari badan atau pengambilan natrium ion (Na+) yang berlebihan. Benar MSG mengandungi komponen natrium ion ini tetapi jumlahnya jauh lagi sedikit iaitu 12% jika dibandingkan dengan 40% dalam garam. Maka pengambilan garam (NaCl) yang berlebihan adalah penyebab kehausan dan bukan MSG. 

樂 Adakah MSG menyebabkan tekanan darah tinggi?
 Tidak terbukti secara saintifik  yang boleh disandarkan kepada kenyataan ini. Seperti juga isu 'kehausan', natrium ion dalam garam adalah penyumbang lebih besar kepada tekanan darah tinggi dan bukan MSG.

樂 Adakah MSG menyebabkan kanser?
 Tidak. Tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan ini dan MSG tidak bersifat kasinogen (bahan pengaktif sel kanser).

樂 Adakah LEBIH MSG, makanan menjadi lebih lazat? 
 TIDAK. Hanya sejumlah kecil MSG diperlukan bagi mencapai rasa optimum. Pengunaan MSG secara berlebihan adalah membazir, malahan menjejaskan rasa 'sedap' yang patut dihasilkan. Ini kerana deria rasa umami akan menjadi tepu menyebabkan natrium (daripada garam) lebih dirasai yang mana punca kepada rasa 'haus' yang melampau. 

Pengunaan MSG dalam masakan yang manis (seperti kuah kacang) dan pahit (seperti peria) juga tiada fungsi penyedap kerana dominasi rasa. Maka tiada keperluan untuk menambahkan MSG dalam masakan sebegini. 

Apakah kebaikan pengambilan MSG dalam makanan?

Selain daripada melazatkan makanan, ianya juga meningkatkan selera makan seterusnya menggalakkan pengambilan nutrisi terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan juga warga emas. Kajian menunjukkan kesan tindakbalas kerjasama (umami sinergi) antara MSG dengan dua lagi struktur kimia protein iaitu necleotides inosinate (IMP) dan guanylate (GMP) yang terdapat dalam makanan berprotein seperti ikan. IMP dan GMP tidak mampu memberikan rasa umami dengan sendiri, namun dengan menambahkan MSG, rasa umami akan meningkat 15 kali ganda.

Memerap makanan berprotein yang mengandungi IMP dan GMP dengan MSG juga mampu mengekalkan rasa sedap makanan untuk jangka masa yang lebih lama. Sebab itu, makanan yang diperap dengan bahan yang mengandungi MSG berasa sangat sedap!

Pengambilan MSG juga akan mengurangkan pengunaan garam sebanyak 30% dan mengelakkan pengunaan gula dalam memberi keseimbangan rasa kepada makanan. 

Kajian terkini juga membuktikan pengambilan MSG juga mungkin membaiki penghadaman makanan berprotein dalam perut oleh kerana terdapatnya banyak reseptor glutamat dalam perut. 

Namun, berpada-pada juga dalam pengambilan MSG ini untuk mendapatkan kelazatan optimum, mendapat sistem penghadaman yang baik dan yang paling PENTING ialah tidak mengganggu keseimbangan bahan kimia dalaman badan. Ingat, segala yang BERLEBIHAN itu berpotensi menjadi MUDARAT. Kenali badan anda, jika ada alahan dengan MSG, maka elakkan. Anda sebenarnya unik dari segi genetik. 

Sememangnya keburukan mengenai MSG ini telah menjadi mitos yang sukar dibetulkan dalam minda masyarakat. Tulisan ini bukan bertujuan untuk mengalakkan pengambilan MSG, namun lebih bertujuan membetulkan persepsi dan menyampaikan ilmu yang tepat.  Pakat-pakatlah sebarkan, betulkan tanggapan buruk terhadap MSG!

Semoga bermanfaat 

ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia

Rujukan: 
1) Kazmi, Z., Fatima, I., Perveen, S., Malik, S.S., 2017. Monosodium glutamate: Review on clinical reports. International Journal of Food Properties 20 (2), 1807-1815. 

2) Ghirri, A., Bignetti, E., 2012. Occurance and role of umami molecules in foods. International Journal of Food Sciences and Nutrition.

Mari ikuti group FB Makmal Makanan (MaMa) untuk mendapatkan pelbagai ilmu sains berkenaan Makanan dan Pemakanan agar minda kita lebih bebas daripada mitos sebegini.

Sent from my Huawei phone

Wednesday, June 03, 2020

PUCUK UBI KAYU

May 7, 2020 rentasasia


Pucuk Ubi | Ghazali Abd Aziz | Flickr

Pucuk UBI KAYU Lebih KUAT Melawan KANSER Dan Membunuh CACING Dalam Badan.


Siapa tak kenal pucuk UBI KAYU yang sering dijadikan sebagai sayur kampung, sejenis tanaman yang senang tumbuh dan tidak perlu penjaggan yang rapi.

Selain pucuk, UBI nya juga sering dijadikan sebagai PENGGANTI beras ketika darurat sebab kandunggannya yang tinggi karbohidrat.

Artikel pagi ini saya kongsikan MANFAAT dan KHASIAT daun pucuk ubi yang mungkin anda TIDAK tahu. Ramai yang tidak suka makan sebab ia pahit. Sila baca sampai habis.

MANFAAT DAUN UBI KAYU


1. Klorofil yang terdapat dalam daun ubi kayu berfungsi sebagai ANTIOKSIDAN dan amat BAIK sebagai agen ANTI KANSER dalam badan.

2. Daun ubi kayu sangat rendah KALORI dan amat sesuai sebagai makanan yang dapat menurunkan BERAT BADAN.

3. Pucuk ubi kayu juga dapat mengatasi masalah SIMBELIT dan sistem penghadaman.

4. Kandungan ASID AMINO dalam daun ubi kayu SANGAT berguna untuk pemulihan LUKA dan KULIT yang bermasalah serta rosak.

5. Pucuk ubi kayu juga berfungsi untuk menggantikan SEL-SEL yang rosak, menguatkan TULANG dan membantu daya ingatan yang baik.

6. Memakan pucuk ubi kayu juga boleh membunuh CACING dalam badan, rasa ubi kayu yang PAHIT mampu memusnahkan sarang cacing dalam badan.

Cara masak ubi kayu, anda boleh rebus dan cicah dengan sambal tumis atau sambal belacan, atau boleh dimasak lemak atau di buat urap atau kerabu.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di FB anda terima kasih – Sifudurian

Sent from my Huawei phone

MAKAN BUAH KETIKA PERUT KOSONG

Manfaat Buah-buahan untuk Kesehatan | jualanekabuah



Doktor STEPHEN MAK merawat pesakit barah stadium akhir dengan cara unik. Ramai pesakitnya sembuh. "Ini merupakan strategi saya untuk menyembuhkan barah. Tingkat kejayaannya 80 %," tegas Mak.

Pesakit barah seharusnya tidak mati. Terapi anti barah sudah ditemukan yakni makanlah buah-buahan saat perut kosong atau sangat lapar. "Saya mohon maaf kepada ratusan pesakit barah yang telah meninggal akibat pengobatan konvensional," pungkasnya.

*TIPS MAKAN BUAH yang TEPAT*

*Hindarilah* makan buah setelah makan nasi dan lauk. Cara ini sangat dilarang atau 'haram,' jikalau Anda ingin bebas dari serangan barah dan penyakit mematikan lainnya.

Jika Anda makan buah ketika perut kosong, maka detoksifikasi sistem tubuh Anda meningkat berkali-kali ganda. Problem kelebihan berat badan dan penyakit mematikan lainnya teratasi.

*DAHSYATNYA BUAH-BUAHAN*

Jika Anda makan nasi, lalu menyusul buah, maka buah ditahan oleh nasi sebelum menuju usus. Nasi dan buah membusuk, berfermentasi, dan berubah menjadi asam. Tubuh yang sangat asam penyebab barah dan penyakit mematikan lainnya.

Saat buah bersentuhan dengan nasi di usus, maka seluruh massa nasi perlahan rusak. Jadi, silakan makan buah saat perut kosong atau sebelum makan nasi dan lauk.

*EFEK SALAH MAKAN BUAH*

Mungkin Anda pernah mendengar keluhan yakni setiap kali makan semangka, ada orang menderita sendawa, ketika makan durian perutnya kembung, ketika makan pisang rasanya segera ke toilet, dan lainnya. Perkara ini tidak akan terjadi, jikalau Anda makan buah apa saja saat perut kosong. Karena buah-buahnya bercampur dengan pembusukan makanan lain, sehingga menghasilkan gas dalam usus.

Rambut uban, rambut gugur, botak, gugup, dan lingkaran hitam di bawah mata tidak akan terjadi, jikalau Anda makan buah saat perut kosong.

"Jeruk dan lemon bersifat asam, tetapi menjadi alkalin (basa) di dalam tubuh, jikalau dimakan saat perut kosong," ulasan dokor HERBERT SHELTON yang melakukan riset khusus tentang asam basa tubuh.

*BUAH UMUR PANJANG dan SIHAT*

Jika Anda menguasai cara makan buah yang benar, maka Anda memiliki rahasia keindahan tubuh, umur panjang, kesehatan, vitalitas, kebahagiaan, dan berat badan ideal.

*BAHAYA BUAH yang DIPANASKAN atau DIMASAK*

Saat Anda minum jus buah, minumlah jus buah segar, bukan dari dalam tin, bungkusan, atau botol.

Jangan minum jus yang dipanaskan. Jangan makan buah yang dimasak, kerana semua nutrisi sudah hilang. Anda hanya mendapatkan rasanya saja. Memasak buah-buahan akan menghancurkan semua vitamin yang ada dalam buah. Makan buah utuh lebih baik dari pada minum jus.

Jika Anda minum jus buah segar, minumlah dengan perlahan, karena Anda harus membiarkannya bercampur dengan air liur (ensim di mulut) sebelum menelannya.

*TERAPI BUAH TIGA HARI BERTURUT-TURUT tanpa NASI dan LAUK*

*Silakan* Anda coba mengkonsumsi buah selama 3 hari berturut-turut untuk membersihkan semua racun (detoksifikasi) di tubuhnya---hanya makan buah dan minum jus buah segar selama 3 hari berturut-turut tanpa makan nasi dan lauk. Teman-teman Anda akan melihat Anda lebih segar, cantik, dan enerjik.

*BAHAYA MINUM AIR SEJUK setelah MAKAN: PEMICU BARAH*

Jika Anda *selalu* minum *air sejuk* (air batu) setelah makan, maka tamatlah hidup Anda. Kerana semua jenis barah sedia menghancurkan tubuh Anda.

Minum air batu setelah makan sangatlah nikmat, tetapi sangatlah membawa sengsara. Air batu mengentalkan semua makanan berminyak yang baru saja Anda makan. Akibatnya proses pencernaan menjadi sangat lambat. Usus akan sangat cepat rusak, kerana memaksa kerjanya.

Lebih dari itu, makanan berlemak dan telah membeku akan melapisi dinding usus Anda, sehingga perlahan memicu barah usus.

Tentu saja Anda akan semakin gemuk dan sekaligus perlahan menginap barah ganas. Kerana itu, minumlah sup hangat atau air hangat setelah makan.

Semakin Anda tahu, semakin besar peluang Anda untuk bertahan hidup, sehat, dan umur panjang tanpa biaya mahal.

*VIRALKAN* informasi di atas terutama kepada KELUARGA dan rakan-rakan Anda.

*BAHAGIA_SUKSES*
*"SAVE Health, SAVE Future."*

اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

Sent from my Huawei phone

Tuesday, June 02, 2020

PETAI



Sent from my Huawei phone