22/11/2017, 07:51:44:
Post entry kali ni adalah satu usaha alternatif bagi pengidap darah tinggi… boleh la pilih salah satu dari petua ini… Semoga usaha yang dibuat dapat berhasil dan menambahkan tahap kesihatan pada diri.
Petua 1
Kucai
Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan reda.
Petua 2
Buah mengkudu
Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah pada waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu berturut-turut.
Petua 3
Epal hijau
Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan anda akan lebih segar.
Petua 4
Serai
Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan turun.
Petua 5
Pisang kelat
Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dan ambil airnya dibuat minum.
Petua 6
Kelapa muda
Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.
Petua 7
Cincau
Makan cincau . Makan setiap dua hari sekali . Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.Kalau nak lebih mudah, buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.
Tesmoni cincau : hanif idrus "Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156 .Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!!" hanifidrus.com.
Petua 8
Bunga matahari
. Bunga matahari yang besar berwarna kuning direbus dan airnya diminum untuk menghilangkan sakit kepala dan juga pening-pening bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
Petua 9
Lobak putih / karat putih
Sediakan 1 atau 2 batang lobak putih. Bersihkan ia terlebih dahulu dan ambil isinya saja. Kemudian anda kisarkan atau tumbuk lobak putih tu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur. Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih tu ke dalam gelas. Minumlah jus tersebut 2 kali sehari.
Petua 10
Bawang putih
Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong. Minum air tersebut 3 kali sehari.
Petua 11
Daun pegaga
Amalkan memakan daun pegaga. Jadikan ia sebagai ulam-ulaman ketika anda makan nasi pada waktu tengahari atau malam.
Petua 12
Jering
Jering juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Jadikan ia sebagai ulam.
Petua 13
Air limau nipis
Amalkan meminum air limau nipis.Ambil sebiji limau nipis diperah dan dicampur dengan air suam.Diminum waktu pagi sebelum sarapan pagi.
Petua 14
Akar terung pipit
Ambil akar terung pipit dan bersihkan ia terlebih dulu. Kemudian, rebuskan akarnya sampai mendidih. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu seketika. Setelah agak suam, tapis dan tuangkannya ke dalam gelas. Akhir sekali, minumlah ia secara perlahan-lahan.
Petua 15
Daun kayu putih
Ambil daun kayu putih kira-kira segenggam dan di cuci bersih. Rebuskan daun tersebut. Air rebusan daun kayu putih itu boleh digunakan untuk mandi setiap pagi selama seminggu.
Petua 16
Pandan wangi
Ambil daun pandan wangi secukupnya dan di rebus dengan dua gelas air. Air rebusan dibiarkan sehingga menjadi setengah gelas. Setiap kali darah anda naik, minum lah air rebusan daun pandan ini untuk menormalkan kembali tekanan darah anda.
Petua 17
Daun saderi
Amalkan memakan daun saderi secekak setiap hari. Anda boleh jadikan ia sebagai ulam jika mahu. Anda juga boleh meminum air rebusan saderi dengan cara rebuskan secekak daun saderi dengan segelas air dan didihkan sehingga menjadi setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan ketika hendak tidur.
Petua 18
Buah belimbing
Mengamalkan makan buah belimbing sebiji setiap hari boleh menormalkan kembali tekanan darah tinggi anda.
Petua 19
Daun belimbing buluh
Ambil kira-kira secupak daun belimbing buluh dan jemur hingga kering. Rebus dengan dua gelas air dan biarkan sejuk semalaman. Minumlah air daun belimbing tersebut sebelum mengambil sarapan pagi anda.
Petua 20
Daun pala
Ambil daun pala kira-kira semangkuk sederhana besar dan rebus dengan menggunakan semangkuk air (mangkuk yang sama ). Biarkan ia mendidih sehingga tinggal separuh. Amalkan meminumnya pada waktu pagi dan malam selama seminggu.
Petua 21
Daun avocado
Ambil lapan helai daun avocado dan rebuskan dengan dua gelas air, biarkan mendidih sehingga tinggal segelas. Amalkan meminumnya sehari sekali sehingga penyakit anda sembuh.
Petua 22
Daun selada
Tumbuk lumat segenggam daun selada, perahkan airnya sehingga mendapat setengah gelas. Minum air perahan itu setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Petua 23
Timun
Jadikan timun sebagai ulambuah timun juga dapat membantu mengurangkan penyakit darah tinggi.
Petua 24
Pucuk gelugur
Rebuskan kira-kira 20 helai daun pucuk gelugur bersama dua gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal ¼ gelas. Minum setiap malam sebelum masuk tidur selama tiga hari berturut-turut.
Petua 25
Akar patawali
Amalkan memakan akar patawali suku inci setiap hari. Harus diingat, rasa patawali adalah amat pahit tetapi ia amat mujarab dalam mengubati penyakit darah tinggi.
Petua 26
Kajian dari Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment