Thursday, September 14, 2017

Pesakit kanser amalkan HABBATUS SAUDA

13/09/2017, 20:11:40:

Jintan Hitam atau Habbatus Sauda telah digunakan sejak zaman dahulu untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia. Jintan Hitam ditemui dalam setiap mumia Firaun yang ditemui membuktikan penggunaannya sejak ribuan tahun yang lepas. Walaupun beribu-ribu kajian telah dibuat membuktikan keberkesanan Jintan Hitam dalam melawan pelbagai penyakit, namun KEAJAIBAN Jintan Hitam dalam merawat KANSER tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ubat KEMOTERAPI yang paling mahal di dunia pun.

1. Jintan Hitam merangsang proses APOPTOSIS - proses dimana sel-sel badan ( terutama sel kanser ) dibuang secara sistematik ( kajian oleh penyelidik China )

2. THYMOQUINONE dalam Jintan Hitam merencat proses penggandaan sel-sel kanser ( kajian oleh penyelidik Mesir )

3. Jintan Hitam mengurangkan secara drastik jangka hayat sel-sel kanser paru-paru ( kajian oleh penyelidik Arab Saudi )

4. Jintan Hitam merosakkan pembesaran sel kanser otak tanpa menjejaskan sel-sel otak yang berdekatan ( kajian oleh penyelidik Ohio State University )

5. Pengambilan Jintan Hitam untuk jangka masa panjang meningkatkan jangka hayat pesakit kanser payu dara ( kajian oleh penyelidik Malaysia ).

6. THYMOQUINONE dalam Jintan Hitam menyebabkan fungsi mitochondria sel-sel leukemia terganggu menyebabkan kematian sel tersebut ( kajian oleh penyelidik Malaysia )

7. Penyelidik di University Mississippi membuat kesimpulan Jintan Hitam lebih selamat berbanding dengan kemoterapi untuk pesakit kanser usus besar.

8. Jintan Hitam membunuh sel-sel kanser usus besar tanpa ada sedikit pun kesan keatas sel-sel normal disekeliling sel kanser tersebut ( kajian penyelidik Lebanon )

Lebih 120 kajian klinikal telah dilakukan di seluruh dunia membuktikan kehebatan Jintan Hitam melawan penyakit kanser. Malangnya kita hanya nampak KEMOTERAPI dan RADIOTERAPI sebagai 'hero' untuk melawan kanser yang ternyata bukan hanya membunuh sel-sel kanser tetapi juga ia membunuh sel-sel normal yang membawa kepada puluhan kesan samping.

Walaupun Jintan Hitam mempunyai kajaiban dalam merawat kanser dan puluhan kajian membuktikan keberkesanannya, syarikat farmasi gergasi dunia TIDAK akan sesekali menjadikan ini sebagai rawatan utama kerana ini tidak menguntungkan. Nyawa tidak lagi penting bagi mereka, asalkan manusia sejagat terus menderita dan syarikat-syarikat ini terus menerus meraih untung berbilion. BAYER, sebuah syarikat farmasi kepunyaan Yahudi kedua terbesar dunia meraih jualan sebanyak US25.4 bilion pada 2015. Jika semua pesakit kanser di dunia amalkan jintan hitam, maka jatuh bankraplah syarikat Yahudi ini kerana tiada jualan ubat kemoterapi.

Jika anda atau ahli keluarga anda pesakit kanser atau bekas pesakit kanser, maka *Jintan Hitam MESTI* menjadi amalan harian sepanjang hayat.

Wassalam

Dr Hj Noorul Amin Hj Abdul Rahman
www.drnoorulaminkidney.blogspot.my


Sent from my iPhone

No comments: