25/02/16 20:18:57:
Assalaamualaikum,
Di sini ingin saya berkongsi catatan dari kuliah/Program Minda AlFurqan semalam bertajuk 'Herba dan Kesihatan', yg disampaikan oleh Tn. Hj Che Musa Bin Che Salleh, pemilik Dimaz Industries Sdn Bhd dan juga seorang pengamal perubatan Islam. Saya pohon sahabat2 yg mengikuti kuliah semalam agar membetulkan jika ada kesalahan di dalam catatan ini dan juga dapat menambah apa2 fakta yg tertinggal di sini.
Apabila makan, hendaklah mengunyah sekurang2nya 40 kali sebelum menelan makanan tersebut.
Air masak / Air panas mati hendaklah diminum sebanyak mungkin sepanjang waktu.
Air liur basi (ALB) kita adalah ubat yg sangat mujarab. Amalkan berkumur2 dan minum air kumuran yg bercampur ALB itu apabila bangun pagi setiap hari, sebelum melakukan perkara2 lain.
Hendaklah mandi pagi satu jam sebelum terbit matahari, utk kesihatan tubuh badan.
Untuk wanita yg berat badannya melebihi 65 KG, elakkan memakan makanan ini:-
-Ikan pari
-ikan bawal hitam
-ikan terubuk
Penawar kanser payudara:-
ambil daun belalai gajah mengikut sukatan ini utk setiap stage kanser berikut:
stage 1 - 50 helai
stage 2 - 100 helai
stage 3 - 150 helai
stage 4 - 200 helai
-blendkan daun di atas bersama2 epal hijau sebiji, dan minum airnya sebelum 5 minit selepas penyediaan minuman ini.
nota - minuman ini tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk - akan hilang kemujarabannya
-epal hijau tidak boleh dimakan melebihi sebiji sehari, kelak akan menyebabkan menurunnya daya ingatan kita.
pilihan kedua - menggunakan kulat susu harimau. Asah kulat ini utk dapatkan cairannya dan disapu di tempat yang terkena barah.
Penawar kanser:
Ubi kayu - ianya penawar kanser yang paling baik di dunia.
Serai - air serai juga adalah penawar kanser dan penawar penyakit kencing tikus.
Durian belanda - juga penawar kanser dan penyakit2 lain - ianya hendaklah di'blend'kan bersama2 bijinya sekali.
Penawar penyakit paras kolesterol tinggi Di dalam badan:
akar pokok semalu - rebus akarnya dan minum.
Penawar penyakit Gout:
kadar kesakitan akibat gout adalah 7 kali kadar kesakitan sakit gigi. Ubatnya adalah daun pandan. Rincik daun pandan halus2, blendkan, perah dan minum airnya.
Tiroid:
penyebab tiroid adalah kerana tidur selepas subuh. Penawarnya - janganlah tidur kembali selepas solat subuh.
Sakit jantung:
penawarnya, blendkan bahan2 berikut utk dapatkan airnya dan dicampurkan semuanya sekali menjadi satu sebatian:-
halia - 1 gelas
lemon - 1 gelas
bawang putih - 1 gelas
cuka epal - 1 gelas
madu - 1 gelas
minum sebatian di atas sekali di waktu pagi dan malam (maaf, saya tidak pasti unitnya - samada sesudu, secawan atau etc.)
Penawar Darah Tinggi:-
*penawar terbaik adalah susu kambing yg asli. Diminum setelah dibacakan Ayat 72 dari surah Yaasin.
*amalkan memakan pisang kaki.
*amalkan memakan daun hempedu bumi.
*untuk pesakit darah tinggi - jangan masuk ke bilik air/tandas 15 minit sebelum waktu Asar dan Maghrib, kerana Iblis berjanji akan menyebabkan pesakit jatuh di dalamnya dan menyebabkan kemudaratan yg lebih kpd pesakit.
Penawar Kencing Manis:-
-makan peria katak bersama2 bijinya sekali.
-juga petai belalang - jemur bijinya, goreng dan tumbuk utk dibuat serbuk. Campurkan ianya ke dalam air sebagai minuman
- ramaskan daun ceri di dalam sebaldi air dan rendamkan kaki yg luka tersebut di dalamnya. InsyaAllah akan pulih luka tersebut.
Penawar penyakit berkaitan pundi2 kencing dan prostat:-
Daun pecah beling
Kelebihan herba2 berikut:-
@Akar lalang - lebih baik dari Tongkat Ali
@Kunyit hidup - banyak kelebihannya - amalkan sebagai ulam
@Petai - banyak kelebihannya tetapi jangan ambil lebih daripada 7 ulas setiap kali makan.
@Timun - blend isinya (termasuk bijinya, kecuali kulit) dan minum airnya untuk membersihkan anggota2 dalaman badan seperti paru-paru
@Pegaga - ubat terbaik utk penyakit resdung - sebaik2nya pegaga nyonya (yg. bersaiz kecil). Juga bertindak sebagai penawar kanser.
@Bawang putih - penawar stress dan menghalang sel2 kanser.
@Daun bidara - membantu merawat sihir
caranya - rendamkan 7 helai di dalam air. Bacakan ayat Kursi, ayat2 dari surah2 '3 Qul' dan ayat 69 dari surah Taha. Hembuskan ke dalam air tersebut dan air dibuat minum serta mandi.
Kepada orang yang terkena sihir, tidak boleh makan rebung seumur hidup, termasuklah kuahnya. Jika dimakan, kesan sihir itu akan berulang kembali.
@Halia - hiris 2, 3 keping dan rendamkan di dalam air. Beri minum air ini kepada anak2 untuk mendapat otak yang pintar.
@Madu dicampur kulit Kayu manis adalah antara ubat paling hebat Di dunia ini. @Untuk mengelak dari sakit mata - kerjakan solat Maghrib di awal waktu
@Jangan tinggalkan solat, kerana setiap solat yg ditinggalkan itu akan menyebabkan datangnya penyakit2 tertentu.
Wallahu a'lam.
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment